Thursday, July 21, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 5 (Part 2)



Huih, lamanya nak ambil masa untuk buat entri Part 2 Day 5 ni. Sorry lah sis busy sikit. hikhik. Okay mai sambung cerita. Sampai Matutinao Beach Resort dalam pukul 1pm. Time tu bilik kitorang tak siap kemas lagi. So termenung lah kitorang dekat restaurant resort tu sambil berhuhu depan pantai & perut kelaparan. Lepas Chris panggil kitorang bagitau bilik dah siap, kitorang terus laju-laju masuk bilik dan terus tidur. Penat yang amat. Al maklum lah malam tadi tidur kejap-kejap je. Chris dah bagitau awal-awal pukul 3 kena gerak ke Osmena Peak. Sudahnya, pukul 3 lebih baru kitorang siap. Tidur tak hengat dunia, pukul 3 baru terkial kial semua nak bangun. Sorry lah Chris, biasalah perempuan. hehehehe. :p

Perjalanan dari Matutinao Beach Resort nak ke Osmena Peak ni ambil masa dalam sejam perjalanan. Kitorang naik van. Jessy drive & ditemani Chris dekat sebelah. sepanjang jalan tu takde pulak kitorang nampak orang pegi osmena peak ni naik van macam kitorang, semua naik motor je. terserlah ke 'diva' an kitorang. bila lalu depan kawasan kampung je semua orang pandang. apakah dosa kami berlima (T_T)

Jessy hantar sampai kaki osmena peak. dekat situ akan jumpa ramai kanak-kanak yang sibuk memerhatikan kitorang. mungkin dorang pelik kot wanita-wanita gagah bertudung nak panjat osmena peak. hahahaha. ada satu pondok untuk korang tulis nama & daripada negara mana korang datang. lepastu kitorang mula panjat berjemaah ke osmena peak dalam 45 minit macamtu. Sepanjang perjalanan, angin kuat yang amat. Rasa macam nak terbang. Kitorang disajikan dengan pemandangan hijau pokok-pokok sepanjang nak sampai puncak tu. Sampai je atas, subhanAllah,CANTIKNYAAAAA VIEW. *FLIP SHAWL SEBAB ANGIN KUAT SANGAT*

Nampak view laut dari atas puncak & batu-batu yang seakan berada di obersi yakni eropah. Cantik weh. Seriously rasa macam dekat dunia lain. Macam tempat penggambaran Lord of the ring pun ada jugak, batu-batu tu unik. Eh jauhnya berangan. Haha! Tapi angin dekat atas ni terlampau kuat, sampai kitorang kena pegang & berpaut dekat batu. Ibarat kalau duduk tepi tu tanpa berpaut dekat batu, korang akan terjunam jatuh ke bawah. Haa gitu. Time tangkap gambar, nak pose bebas pun macam teragak-agak sebab kalau tak beware anytime korang boleh jatuh dari puncak tu. Nauzubillah. Kitorang duduk dekat atas tu amek2 gambar sementara tunggu sunset. Sempat berkenalan dengan pakwe-pakwe hensem Filipino, arkitek uols. :p Lepas je sunset, terus turun bawah & naik van untuk balik ke Matutinao Beach Resort. sepanjang perjalanan balik, lalu macam kawasan kampung. Sedih kejap bila tengok kampung diorang tak guna elektrik macam kita, guna lampu minyak tanah. So pengcahayaan dekat kampung tu pun suram je. Hmmmm.

Matutinao Beach. Tenang je pantai ni.


Hai pakwe arkitek Pinoy dekat belakang tu. Eleh saje la tu nak photobomb gambar orang :p



Sampai Matutinao Beach Resort, terus masuk bilik & rehat. Malam sikit kitorang rasa macam nak buat air panas & makan megi, tapi takde heater. Dengan selamber kitorang keluar bilik, pegi dekat restoran & panggil chris mintak air panas. HAHAHAHAHA. Gigih lah si Chris ni masak air untuk divas. Sambil-sambil tu borak dengan guiders canyoneering. Macam-macam benda kitorang borak, nasib baik dorang boleh sepiking english. Senang nak communicate. Ramai gila guide dekat situ, ada lah dalam 9-10 orang.

Lepas dapat air panas, terus kitorang pegi depan bilik, duduk depan pantai. Bilik kan mengadap pantai, so jalan kaki 5-6 tapak dah sampai. Kononnya nak star gazing sambil layan jiwang. Sudahnya, bukak lagu Hampa nyanyian Ari Lasso repeat 2 kali lepastu semua mengantuk. Star gazing dalam mimpi je lah. Kahkah. Semua angkat kaki dan masuk tidur. Kunci bilik elok-elok. Keselamatan haruslah dijaga ye tambah-tambah kami semua perempuan. Tak sabor nak post gambar main terjun-terjun esok dekat Kawasan Falls! Okay lah, sambung dalam next entri. Promise tunggu Cik Yayan punya next entri tau? Sebab banyak gilo gambar cantik-cantik nak post masa canyoneering dekat Kawasan Falls. Tapiiiiiiii tak tau lah bila pulak nak siap entri tu. Mungkin empat puluh lapan tahun lagi. Hahahahahahahaha. Bye!

At the top of Osmena Peak

Tuesday, April 19, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 5 (Part 1)


Magandang Umaga! *Sila google translate*

Ayuh kita sambung cerita Cik Yayan bersama gadis-gadis superwoman menjelajah bumi Filipina. Hari kelima. One of the best day. So, readyyyy?

Harini seawal 6 pagi kitorang sampai di Oslob untuk aktiviti swimming dengan whaleshark. Tidur dalam van tak sedarkan diri dari airport Cebu tadi. Bukak je mata terus dihadiahkan dengan sunrise di laut Cebu yang terbentang luas. Tengok jam baru pukul 5 pagi tapi dah macam pukul 7 pagi Malaysia. SubhanAllah, besarnya laut Cebu ni. cantik sangat. Tak tergambar dengan kata-kata. Even sampai sekarang pun masih terbayang sunrise pagi di Oslob ni. Terima kasih Tuhan di atas nikmat dapat melihat ciptaanMu ini.

Sampai je dekat tempat whaleshark tu, mashaAllah ramainya orang. Tepuk dahi. Lupa yang harini hari Ahad, so sudah pasti masyarakat setempat berpusu-pusu nak menari dengan whaleshark dalam air tak gitu? Sebelum pergi tengah laut, sempat kitorang jenguk kedai souvenir yang ada dekat situ. Korang kalau datang sini KENA BELI SOUVENIR BANYAK-BANYAK TAU! Janji tau! Sebabbbb, murah. Like seriously, menyesal sungguh tak beli banyak-banyak haritu. Sebab bila dh sampai Cebu City, kedai souvenir tak banyak & agak pricey.

Time ni la guide kitorang untuk canyoneering esok diperkenalkan. Nama dia Chris. Chris ni akan jadi guide kitorang bermula saat ini sampai habis canyoneering esok. Mohon Chris bertabah dengan perangai diva kami ye. Hahahaha! Before start ada briefing sikit-sikit. Dia kasitau, tak boleh pakai sunblock sebab akan membahayakan whaleshark, tak boleh pegang whaleshark, lepastu ada jarak yang korang kena patuhi between korang dengan whale shark and some more. Dah lupa. Sebelum masuk laut tu make sure dengar betul-betul briefing tu, pergi tempat orang jangan nak acah-acah good ye, kalau dia cakap tak boleh pakai sunblock jangan nak jadi diva mengada nak pakai, kesian whaleshark tu. A little consideration won't hurt.

Lepas briefing kitorang diberikan life jacket & goggle. Lepastu naik bot unik yang saya tak pernah jumpa lagi dekat malaysia, dekat tepi-tepi bot tu ada buluh. Senang la orang yang tak reti berenang berpaut dekat buluh tu nanti kan? Buka life jacket lepastu sebelah tangan pegang buluh, lagi sebelah tangan pegang gopro. Lepastu selfie sikit. Haa baru nampak macam pandai berenang kan takde life jacket walhal tangan kau pegang buluh? Kahkah. Siapa yang tak reti berenang sila ikut tips yang sis ajar tu ok. kekekke.

Bila dah sampai tengah laut, dengan ramai orang nya, lepastu ombak kuat sangat-sangat. Dan bermula lah kestressan diriku ini. Kenapa? Sebab life jacket yg dia bagi besar, agaknya size XXl, tak padan dengan daku yang bersize S ini. Mula-mula tak perasan pn life jacket tu besar, tp bila dah masuk air, hah baru kau sedar rupa kau dah macam ahli astronomi di tengah lautan. Whaleshark dalam air pun mesti gelakkan sis. Hmmmm. Kekdahnya, redha dan berserah juga pasrah je lah.

Dengan keadaan ombak yang kuat tu, memang tertelan air masin banyak kali. Sampai nak termuntah. Sebab bau air kat sini sangatlah meloyakan. Bau hanyir whale shark mungkin. Disebabkan ombak kuat, kitorang memang banyak berpaut pada buluh je. Tengah syiok borak atas buluh tiba-tiba boatman jerit "Whaleshark, behind you!" Menggelabah lah kitorang. Bila dia nganga, time tu kau akan nampak mulut dia besar gila dan kau rasa dengan sekali ngap je korang akan ditelan. Besar wehh!

Masa yang diberikan hanya 45 minit je. Sekejap sangat, tak puas. To be honest kitorang tak dpt tgkp gmbr banyak pun sebab ombak yang sangat kuat mematikan perasaan kitorang nak bergambar sambil buat peace dengan whaleshark. Lol. Tercampak-campak gopro, nasib baik pakai floating pole. Memang sedih sambil berhuhuhu sebab datang jauh-jauh tapi tak dapat tangkap gambar dengan whale shark, tapi takpelah. At least dh dpt tengok depan mata. Bukan semua orang dapat rezeki macam tu. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Dalam diam-diam, masa atas bot on the way balik ke darat, tanam niat nak datang balik one day & that time akan pastikan dapat selpie dengan whale shark, dengan suami. Eh. kihkih.









Lepas sampai darat, tak tukar baju pun, sebab nak direct ke Tumalog Falls. Yang kelakornya kan, kereta jessy ni bukan leather. So kalau kitorang duduk basah lah seat tu nanti. Gigih la si jessy dengan si Chris ni lapik seat tu dengan plastik mana tah yang dorang kutip untuk bagi kitorg duduk. Time tu kitorang memang gelak je tengok gelagat dorang berdua ni. Lepas dah lapik seat, terus gerak ke Tumalog Falls. Chris lead van kitorang, dia naik motor. Bukan main lagi dia merempit jauh-jauh tanpa pakai helmet uols. steady lah chris!

Dari Whaleshark nak ke Tumalog Falls perjalanan makan masa dalam 45 minit tak silap. Turun je van dekat tempat parking tu, ingatkan kena jalan kaki sikit je, tapi rupanya kena naik motor. Beratur abang-abang motor dekat parking tu cari customer. I is malu. Naik je motor, terus keluarkan gopro kononnya nak buat video, tapi baru tekan video, tetiba dah sampai. Lerr ingatkan jauh sangat, ni seminit pn tak sampai. Sebenarnya boleh je jalan kaki tapi jalan dia licin sikit & ada naik turun. takpelah, naik motor dah include dlm package. rezeki jangan ditolak please.

Turun motor, kena jalan kaki sikit je dah boleh nampak keindahan Tumalog Falls. SubhanAllah, one word - cantiknyaaaa. Tinggi betul air terjun Tumalog ni. Air dia sejuk macam ais, serious tak tipu! Menggigil kitorang kat dalam air tu. Air dia tak jernih so jangan berangan nak acah acah snorkeling okay. Yang lawaknya, sepanjang kitorang mandi kan si Chris ni berdiri macam bodyguard perhatikan kitorang sambil pegangkan drybag. Tergantung-gantung drybag kitorang tu dekat badan dia. Punyalah dia jaga kitorang betul-betul. Sampai terfikir, "abah aku upah orang filipina untuk jaga aku ke kat sini". Hahahaha.






Tak lama pun dekat Tumalog Falls ni, sebab sejuk sangat & kesian tengok Chris dah macam pak pacak lama-lama berdiri pegang drybag, so lepas mandi & tangkap gambar apa semua, tanya Chris kat mana nak salin baju. Chris pun jalan ke depan, kitorang pun ikut lah tanpa banyak bunyi, dan tiba-tiba Chris berhenti dekat macam satu pondok ni. Dia cakap toilet dekat situ. Astagaaaa. Masing-masing pandang sesama sendiri. Dah la gelap, pastu sekeliling hutan, pintu tak boleh tutup, pastu memang tak nampak apa-apa langsung. Siap berlaga-laga dengan bebudak ni. Kitorang masuk dalam toilet tu berlima. Gelap gelita, suluh guna lampu handphone. Sambil tukar baju tu kitorang membebel dalam bahasa ibunda, "tempat apa lah yang kau bawak kitorang ni chris", "kang kalau ada orang intai mcm mana?" dan macam-macam lagi. mesti si Chris stress je tunggu kitorang dekat luar.

Lepas siap tukar baju, terus naik van & bertolak ke Matutinao Beach Resort. Perjalanan makan masa dalam sejam. Time tu baru pukul 11 pagi. Rasa macam harini sangat panjang, dah macam-macam aktiviti buat tapi baru pukul 11!? Should be dalam itinerari kitorang akan terus ke Osmena Peak tapi Chris cakap balik resort dulu rehat, kita pegi osmena peak petang nanti untuk tengok sunset pukul 3. aiyayy captain! masuk van je, macam biasa.. TIDUR. Zzzz

Friday, April 1, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 4



Assalamualaikum. Last week Air Asia ada buat promo free seat. Siapa yang dah berjaya grab free seat tu? This time saya tak beli mana-mana tiket sebab takde plan lagi nak ke mana mana hujung tahun ni atau awal tahun depan. Hehe. Okay jom sambung cerita hari ke 4. Hari ke 4 ni hari yang ditunggu tunggu oleh kitorang semua. Sebabbbb...... NAK PEGI CEBU! NAK BERENANG DENGAN WHALESHARK! LOL. Tapi nanti whaleshark yang gelakkan kitorang dalam air...... kihkih. Nak tau kenapa? Tunggu entri hari ke lima nanti.

So untuk hari ke 4 ni takde benda sangat nak cerita pun sebab kitorang fly ke Cebu. Tapi macam-mana benda klako terjadi. Bangun pagi, makan roti dengan nutella (I punya nutella tak kena rampas dengan imigresen Macau okayy, Dyana punya je yg kena kihkih), lepastu packing & terus check out. Lepas check out, jalan kaki ke restaurant halal dekat Bonifacio Global City, nama restaurant tu Persian Palate. Dekat je dalam 20minit kot jalan. Sambil jalan-jalan boleh tengok bandar Makati sekali.

Masuk je restaurant tu, terkejut lagi sekali sebab tengok penuh dekat meja dengan geng mount pulag. Astagaaaa. Dalam hati cakap, 'dorang lagi. tak naik-naik gunung ke dorang ni?' hahahaha. Nasib baik kali ni pakaian dah sopan, bukan baju tidur dengan tudung selekeh lagi. Dorang ajak duduk sekali. Memang penuh restaurant tu dengan orang Malaysia, pastu buat bising dekat negara orang. Tak sedar diri betul kahkah.

Lepas dorang habis makan, dorang pn say babai kat kitorg sebab dah nak pegi naik gunung. Haa, jangan jumpa lagi dah la lepasni! Ada jodoh untuk diriku agaknya dekat dalam kalangan geng mount pulag tu, sebabtu asek terserempak je. hahahahah! :p kitorang teruskan makan, borak-borak kejap & terus balik hostel. Tunggu Robert dekat rooftop. Robert janji nak datang amek pukul 3. Untuk fly ke Cebu dari Manila ni, kitorang terpisah flight. Kakak-kakak (Saya, Dyana & Lia) naik Philippine Airlines flight pukul 7pm, adik-adik (La & Jemah) naik Air Asia flight pukul 8pm. Sebab haritu beli tiket asing-asing. Untuk pengetahuan korang, Philippine Airlines akan fly dekat Terminal 2 & Air Asia akan fly dekat Terminal 3. Nanti kalau korang nak datang sini jangan tersilap pulak. Dekat Manila sahaja ada 4 Terminal. Lol.









Dah pukul 3 tapi Robert tak datang jugak, Robert mesej cakap dia ontheway, dlm stgh jam lagi dia sampai. Robert pagi ni ada bawak org ke Taal Volcano, so lepas je habis trip tu dia terus datang pickup kitorang. kakak-kakak ni dah risau sebab flight tak check in lagi. Nasib baik ada pc dkt rooftop tu, kitorg decide utk check in online je & print. Guna pc free tapi nak print kena bayar. Charge untuk print 1 copy 5 Peso sajo.

Robert sampai je kitorang terus berlari sebab dah lambat. Robert hantar kitorang ke Terminal 2 dulu sebab flight kakak-kakak akan fly awal sejam dr adik-adik. Sebenarnya jarak bandar Makati dengan airport tu dlm stgh jam je tp traffic in Manila is worsttttt ever you know. Horrible. Seriously. Teruk tu tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Tak bergerak! Robert muka dah cuak sebab takut kitorg terlepas flight kot, tapi kitorg boleh tergelak-gelak lagi dlm kereta. Mesti Robert pening dengan kitorg ni, bebudak ni takde perasaan cuak ke, boleh bergelak tawa lagi dalam keadaan panik macamni.

Sampai je airport kitorg check in backpack (Philippine Airlines dapat free check in luggage 10kg weh, sebagai backpacker yang selama ni gigih usung backpack besar-besar bawak naik kabin, kami teruja lol. jadi haruslah guna kemudahan yang dia bagi kannnn). butttttt, flight delay. tett. Mesej adik-adik tanya keadaan dorang kat sana, dorang cakap flight dorang pn delay. kahkah. kesian robert, penat je bwk kereta macam nak drift lajunya, dengan cuak apa segala, kalau lah dia tau flight kitorg semua delay mesti dia menyesal sebab rasa cuak tadi. Kihkih. Sorry Robert, and thanks! :D



Sampai airport Cebu dalam pukul 9 lebih. Alahai kecik cinonet je airport domestic cebu ni. masa nak amek backpack, raincover saya hilang! Time tu memang dah geram dah. Tapi tak lama lepastu tetiba nampak raincover saya yg colour striking oren tu terselit dekat bag orang lain. Berlari pegi amek raincover dekat owner bag tu. dia pn buat muka pelik mcm mana bag dia ada raincover wahaha!!!!!

Dalam pukul 10 lebih adik-adik sampai, dan rupa-rupanya backpack La pn kena check in jugak sebab kabin dah tak muat. Haih macam-macam hal. Dah la backpack dia lambat keluar, lepastu bila dah dapat backpack, tengok-tengok backpack dia koyak & drybag dia hilang. Terus si Adila ni panggil customer service air asia bagitau pasal benda ni. Tapi tak boleh nak buat apa sebab La tak ambil insurance air asia. jalan penyelesaiannya haruslah redha sahaja. Mula-mula staff perempuan Filipino tu macam buat muka stress, dia pening taktau nak buat apa. tapi bila dah lama-lama dia pun tergelak dengan gelagat kitorang yang happy go lucky je walaupun tengah ada masalah, terutama bila la & jemah ckp "do you have needle & thread?" KAHKAH! kau sedar tak kau sekarang dekat airport bukannya dekat butik pengantin mahupun rumah kau!? HAHAHAHA lucu lah! dengan staff tu sekali gelak berguling berjemaah malamtu.

Staff tu tinggalkan kitorg kejap, sebenarnya agak lama dia tinggalkan kitorang. time tu kitorang dah fikir mungkin dia pegi call mak dia suruh hantarkan benang dengan jarum. hhahahah! tetiba dia datang bawak sorang lelaki. abang engineerrrrr gais. DAN BAWAK BENANG & JARUM OKAYYYY. hahahaha. mana dia dapat entah. tetiba abang engineer itu bertukar menjadi tukang jahit tolong jahitkan bag La. hahahahahaha!!!! ok, penat gelak. lepas setel semua, kitorang pegi toilet & berkampung dekat toilet untuk tukar baju yang nak pakai utk swim dengan whaleshark siap-siap.

Rombongan Cik Yayan ke Cebu


Untuk trip cebu ni, kitorang amek package 2 hari 1 malam. package tu include transportation & driver from cebu city-oslob-badian-cebu city, swim with whaleshark + tumalog falls + osmena peak + canyoneering @ kawasan falls & lunch lepas habis canyoneering for 5700 peso. malas nk naik public bus semua so kitorang decide dari malaysia nak amek package ni sajo. senang. tak payah pening kepala fikir. driver akan pick up kitorg pukul 2.30am dekat airport cebu. Nanti dekat last entri untuk trip Macau-Manila-Cebu ni saya akan letak semua expenses & contact number pakej okay? :)

lepas tukar baju & berkampung dalam toilet tu, kitorang pegi 1 cafe dekat airport ni untuk masak maggi. air panas 1 cup kena bayar 1 peso. makan maggi yg kitorg bwk dr malaysia je sebab kt situ takde makanan halal pun. cafe ni aircond dia dh tutup agaknya, panas gilo. makan cepat2 then terus keluar duduk dekat kerusi tempat menunggu depan airport. ada lagi 2 jam sementara nak tunggu driver datang. kitorg pn dengan selambernya baring dekat kerusi-kerusi tu tapi kena kejut dengan guard, dia suruh kitorg tidur dalam keadaan duduk tak boleh baring. sabar jela.

Pukul 2 lebih, driver yg pickup kitorg, cik abang nama Jessie pun sampai. jessie ni jenis pemalu kot, tak banyak cakap. boringggg. mula la kitorg compare dia dengan Robert. Jessie ni bak kata jemah, murung je. kitorg pn gelarkan dia jessie yang murung. ahhahaha! Memang lepas masuk je van, kitorang tidur tak sedarkan diri sampai Oslob! hahahaha! padan muka jessie drive dalam gelap pukul 3 pagi sorang-sorang! kohkoh. dari cebu city-oslob makan masa dalam 4 jam.

Tak sabar nak cerita pasal hari kelima. Part whaleshark gelakkan kitorg dalam air tu. hahahahahah! okay nanti sambung, sis nak pegi jalan-jalan ni. Later. bye!

Our Awesome Hostel's Rooftop. AWESOMENESS.

Saturday, March 19, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 3


Hai geng. Harini kitorang pegi gunung berapi. Ambil Taal Volcano day trip package. Taal Volcano ni terletak dekat kepulauan Luzon di area Batangas, Tagaytay. Naik kereta dalam 2-3 jam perjalanan dari bandar Manila. Dulu masa tgh buat itinerari trip ni, agak pening jugak bila fikir apemende nak buat dekat Manila ni, macam taktau apa yang best dekat sini. Google punya google, terjumpa lah Taal Volcano. Pakej day trip paling murah saya jumpa dengan lelaki filipino nama Bryan. Bryan ni local people dekat area Tagaytay tu, rumah dia dekat je dengan boat station. Sebab tu kot dia boleh kasi harga murah.

So kitorang bertolak seawal 8.30am. Ada driver pickup kitorang dekat depan hostel, nama driver tu Robert. Driver yg sgt baik dan ramah dan best dan fasih gilo english kalah kami ni. So dalam kereta 2 jam perjalanan nak ke boat station. Sebelum sampai taal volcano ni, korang kena naik boat dalam setengah jam & korang akan dibekalkan dengan life jacket yg tak berapa nk rupa life jacket pn. Sebab apa? Sebab life jacket tu diperbuat daripada polisterine! kahkah. kau ada? Time pakai tu mmg fikir "ni kalau bot karam ni mmg innalillah". Tak secure langsung! tapi alhamdulillah everything went well.


Lepas dah naik bot, kitorang turun dekat satu kawasan perkampungan. cantik wehhhhh. ahh tak tau lah nak describe cantik dia macam mana. nanti tengok gambar kat bawah. dekat kampung ni korang akan naik kuda selama 40 minit macamtu untuk naik ke Taal Volcano. Nak jalan kaki pn boleh, tp pakej kitorg dh include naik kuda so naik je lah kenapa nak tolak rezeki!? First time merasa naik kuda. Sakit pinggang! Dah la lalu dekat cerun bukit yang curam, kalau kuda tu mengamuk tak ke naya jatuh bawah tu? Fuhh. Nauzubillah.

Sampai je Taal Volcano, first thing kitorang buat belikan air untuk horseman masing-masing. kesian tarik kuda dari bawah tadi. berapa la agaknya gaji dorang ni. sedih tengok, kehidupan dorang dekat sini daif sgt. insaf sekejap. lepas dah insaf tu terus bergambar lah apa lagi! Meh nak cerita sikit pasal Taal Volcano ni.

"Taal Volcano is the smallest active volcano in the world. It is the second most active volcano and one of the most dangerous in the Philippines with 33 historical eruptions. The volcano is in the lake in the island."


Where in the world can you find a volcano within an island on a crater within a lake? Haa faham tak? Kalau tak faham, faham-faham kan je lah. Saya pun sampai sekarang pening nk fahamkan pasal Taal Volcano ni. Kahkah. Lepas menikmati indahnya ciptaan Tuhan & puas bergambar kitorg pun turun sebab hujan dan turun rintik-rintik. Lagi sekali, naik kuda turun ke bawah. Horseman saya tu umur dia baru 15tahun. Kecik-kecik dah kerja kuat utk sara hidup. Lepastu tak habis-habis dia mention "tips" dekat saya. Dah sampai bawah saya bagilah tips sikit dekat budak tu. Kesiann.

Lepas habis trip, kitorang dihidangkan dengan fresh coconut juice sebelum balik manila. Dalam pukul 2pm balik Manila, waktu mula-mula naik kereta tu kemain lagi dok berduet ramai-ramai dengan Robert nyanyi lagu Pangako Sayo. Robert bukak youtube lagu tu. Lepastu Robert ajar kitorg sikit-sikit cakap Filipina. Time tu semua nama filem Jericho Rosales terkeluar, pangako sayo, sanay wala nang wakas. Setengah jam je riuh, masuk minit yang ke 31 semua pengsan tidur mati tak sedarkan diri sebab kepenatan. Nak kata tarik kuda, tak pun. Mungkin penat rasa cuak bila kuda lalu dkt lereng-lereng bukit tu. Haha! Kesian Robert drive sorang-sorang. Ok jom layan gambar duluuuu.

this is BAE

Robert, Bryan & his family



Sampai je dekat Manila kitorang mintak Robert drop kitorang dekat Mall of Asia sebab nak cari halal restaurant kat sana, nama restaurant tu Martabak Cafe. Ya Allah besarnya mall ni! Fyi, mall ni mall terbesar di Asia. Byk building. Pusing-pusing cari Martabak cafe tak jumpa. Keluar masuk keluar masuk building sebelah tak jumpa jugak. Dah lah setiap kali kita nak masuk building dkt mall ni, ada security yg akan check bag kita. Kena buka bag, tapi dia cek ala kadar je buat syarat.

Masa dah pening time cari tu dan kelaparan yang teramat, kitorang pegi tanya dekat staff yg jaga locker. Dia pun tak tau. Tiba-tiba ada sekumpulan orang Malaysia yang tengah duduk dkt area locker tu tegur kitorang, borak-borak kejap. Rupanya dorang semua nak pegi naik Mount Pulag esok. Huaaaa sis jealous. Mount Pulag tu one of the gunung yg saya teringin nak naik, sebab cantik sangat & ada cloud nine. Hmm hmmm. Dorang tunjuk lokasi Murtabak cafe tu dekat mana, rupanya dh tak jauh dari tempat kitorg borak tu. 10 saat jalan dah sampai.

Lepas balik makan, kitorang call Robert & dia pick up kitorang dekan depan Mall of Asia tu. Esok transportation nk pegi airport untuk ke Cebu kitorang dah book Robert, senang, tak payah nak tahan teksi. Sampai hostel, mandi & dengan berpakaian baju tidur (confident takde orang dekat rooftop), kitorang pn naik rooftop untuk makan maggi. Sampai je pintu rooftop tu, terkejut beruk nampak budak-budak Mount Pulag tadi ada dekat rooftop. Kau dah lah pakai baju tidur, pakai tudung selekeh-selekeh berserta selipar jamban, lepastu sekali nampak orang ramai-ramai. Dapat bayangkan tak betapa malunya time tu? Kitorang memang terus patah balik terus pegi pantry & time tu fikir nak buat apa. Lastly teruskan je buat muka tak malu lepak rooftop sebab fikir tu last night nk lepak dekat rooftop best tu.

Lepak rooftop makan maggi dengan baju tidur comel, tudung selekeh, dan sambil tekan kalkulator kira hutang masing-masing. Gigih tekan kalkulator kecik yang dibawa dari Malaysia dengan dikelilingi ramai orang Malaysia di bandar Manila. Priceless woi moment tu. Biasalah kalau pegi travel, ayat "kau guna duit kau dulu, aku malas keluarkan wallet dalam bag" selalu terjadi. sebabtu kitorg mengira hutang malamtu bertemankan bintang dan bulan. lepas setel semua, kitorang say baibai dekat geng mount pulag dan kembali ke bilik untk tidur. sambung entri hari ke 4 later. tata.

Yes! Yayan at the top of Taal Volcano.

Saturday, March 5, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Day 2


Hai korang, assalamualaikum! Tengah buat apa tuww? Tengah buat itinerari trip ke? hikhik. Okay jom sambung entri hari ke 2 pulak.

Hari kedua kitorang jalan-jalan dekat Macau je sebelum naik flight pegi Manila pukul 8 nanti. So, dalam pukul 10am kitorang siap-siap nak check out hotel dah. Check out smooth je, tak ramai orang. Lepastu kitorang jalan kaki ke The Venetian untuk letak backpack dekat luggage storage sebab nak jalan-jalan takkan nak bawak backpack kot oi. Fee untuk luggage storage = 10HKD/bag.

Benda pertama kitorang buat haruslah makan! lapar kot. terus pegi food court venetian & terjah kedai nama Indian Spice Express, the only halal restaurant in The Venetian. Kedai memang banyak dekat foodcourt tu tapi non-halal. Satu dish range harga dalam 80HKD lebih kurang +-RM40 lah. Nak tercekik tengok harga. Sebagai backpacker sejati apa yang kitorang buat? Haruslah kongsi. Beli 3 jenis makanan & share 5 orang. Alhamdulillah boleh alas perut dari kelaparan dekat bumi yang susah nak cari halal food ni. Lagipun makan berjemaah tu kan bagus. :p Dapatlah merasa makan berbumbungkan awan tiruan yang cantik.


Ni dekat area lobby Holiday Inn Macao Cotai Central


Briyani chicken, tandori chicken, chicken curry. Nyums! Each set around 80HKD.



Sempat singgah kedai dalam Venetian tu untuk beli souvenir sikit. Lepastu, kitorang naik shuttle bus ke Grand Lisboa. Dan macam biasa, jalan kaki ke Senado Square. Kengkawan lain nak beli souvenir dekat Senado Square pulak. Dan menyedihkan, kitorang jumpa 1 kedai pakcik dekat lorong sebelah tourism centre, yang mana moreee cheaper than dekat Venetian tadi. So kami pun berhuhuhuhu beramai-ramai. Menyesal tak sudah. Tapi dorang yang lain borong jugak lah souvenir dekat pakcik tu, nak habiskan duit HKD. Lupa nak tangkap gambar pakcik tu & kedai dia, takpe nanti sila cari sendiri. Landmark dia, lepas dari tourism centre dkt senado square tu, ada lorong kecik belah kiri. kedai pakcik tu yg first sekali. Pakcik tu baik sangat, murah dengan senyuman (teruja sebab susah nk jumpa orang macau yang suka senyum), and nak bargain pn boleh. Tapi jgn lah bargain lebih-lebih, kesian dekat pakcik tu. Huhu. (Naluri macam mak mak, mudah kesian)

Lepas dah selesai beli souvenir kami pun gerak balik ke Venetian amek backpack & terus ke airport. Naik shuttle bus free dekat depan main entrance Venetian untuk ke airport. Lama jugak nk tunggu flight sebab kitorang sampai awal dekat airport. Masa scan barang, backpack Dyana bunyi. Terus pegawai kastam tu selongkar backpack dyana. Selidik punya selidik, sekali dia keluarkan nutella. Dia cakap tak boleh bawak, kena check in. Padahal saya pn ada bawak nutella jugak, tp mungkin bernasib baik, lepas. Dyana pn cakap dekat pegawai tu tinggal je nutella tu, dia taknak bawak. Pegawai kastam tu campak nutella tu dalam tong sampah. Kesian Dyana, dia buat muka stress sebab tengah fikir nanti nak makan roti gardenia dengan apa. kahkah!

Ada orang sebelah kitorang, rasanya orang Macau, pun kena tahan jugak. Dia bawak gunting yang size kecik tu dalam bag, pegawai tak bagi. Pastu dia maki-maki dalam bahasa ibunda dia sampai satu airport dengar. Ya ampun, dah la hang bawak benda yang memang tak boleh bawak naik cabin, pastu hang maki pegawai pulak. Apomondo? Memang kalau pergi macau atau hong kong ni, kita boleh nampak bezanya orang sana dengan orang kita. Orang kita ni penuh dengan budi bahasa. Hehe. Masa dalam flight, macam biasa kena isi immigration form. Kalau nak pegi Macau tak payah isi form pun. Actually sebelum flight macau-manila ni saya kena migrain. Sakit sangat kepala sampai tertidur masa tengah isi immigration form dalam flight tu. Alhamdulillah nasib baik sampai je manila migrain hilang.

Immigration form ni kena isi untuk masuk ke Philippines. Dalam flight dia kasi.

Sampai airport Manila (Terminal 3) dalam pukul 11 malam, kitorang terus keluar dekat arrival hall tu & cari coupon taxi. Memang dah buat research sebelum ni kalau nak naik taxi amek yg pakai meter, tapi kalau kitorg berlima kena amek 2 taxi, bila buat kunci kira-kira sama je dengan amek coupon taxi. So kami decide nak naik coupon taxi je. Dan memang dah tau nak pegi area Makati, fare dia 440Peso per coupon taxi. Masa kitorang tengah cari teksi tu, jumpa sorang perempuan filipino yang jaga coupon taxi. dia cakap 700 peso. saya tanya dia, bukan ke patutnya 440 peso, tapi kenapa dia ckp 700 peso? Pastu dia buat muka macam "alamak, kantoi! dia tau pulak." Silap orang lah dia nak tipu, saya dah buat research 7 bulan sebelum trip kot. kahkah! Lastly dia cakap no, cannot 440 peso, 500 peso. Dan kitorang malas nak bertekak sebab dah malam, kitorang pn setuju je dengan harga 500 peso tu.

Pernah terbaca 1 blog ni bagitau, kalau naik teksi dkt philippines ni kena hati-hati sbb banyak scam. Sebenarnya dekat mana-mana negara pn ada, malaysia pn ada. hehe. Tips yg saya baca dekat blog tu, naik je teksi, tengok nombor plat teksi tu & then buat-buat call parents bagitau kita dh naik teksi & sebut nombor plat tu kasi taxi driver dengar so nanti kalau dia nk buat jahat pn mcm terbantut lah. Dan..... yes, itulah yg kami buat. haha!!!!! Jemah selaku pelakon utama drama, buat-buat call mak dia. Time tu semua tahan gelak sambil pandang tingkap. Padahal simcard pun tak beli lagi. Kah.

Tapi alhamdulillah, pakcik teksi tu baik. Dia siap borak-borak lagi cerita pasal dia pernah kerja dekat bumi arab lama, and dia boleh cakap arab. Ternganga kitorang dengar dia cakap arab. Dia fasih english, so senang kitorang nak communicate dengan dia. So bila sampai je dekat Our Awesome Hostel, terus check in & dapat bilik dekat tingkat 8. Part paling best, bila kitorang dapat bilik dorm yang ada 5 katil double decker = 10 katil. Sedangkan kitorang book untuk 6 orang je. Memang semua cop katil bawah, 5 katil atas dibiarkan kosong. Agaknya kitorang pegi time weekdays kan so banyak bilik kosong, dia kasi je kitorang bilik yg katil banyak tu.

Candle light dinner dekat rooftop. Kerlassss jah. Padahal maggi je pun. Kahkah.

Muka-muka penat. #Sisterhood


Lepas letak bag, semua dah kelaparan, terus naik rooftop dekat tingkat 10. Satu level dengan tempat check in tadi. SubhanAllah sisterrrrr, cantiknyaaaa rooftop dia! Nampak Makati City dari atas rooftop tu. So malamtu kitorang dinner megi dan air milo je bernightviewkan Makati City. Receptionist tu cakap wifi dalam bilik takde, hanya ada dekat rooftop. Frust jugak bila dengar macamtu. So masa dkt rooftop kitorg update apa yang patut then dalam pukul 1 pagi tu masuk bilik untuk tidur. Surpriselyyyyy ada wifi dalam bilik! Entah macam mana boleh dapat. Joget-joget bebudak tu bila ada wifi dalam bilik. (Dasar manusia moden, tak boleh hidup tanpa wifi. Huh.) Dalam pukul 2 pagi semua tidur sebab esok pagi nak pegi Taal Volcanooooooo! Zzzz.

Yayan in Senado Square. It's raining! :D

YayannnnB. Powered by Blogger.