Tuesday, January 17, 2017

Percutian ke Flores, NTT, Indonesia - Day 1



Assalamualaikum & selamat tahun baru 2017! Okay sis nak share kisah sis di Flores. Ayuh kita mulakan!.

Untuk sampai ke Flores, kita perlu naik 2 kali penerbangan. (KL-Bali, Bali-Labuan Bajo). Dan tiket penerbangan domestik Bali-Labuan Bajo takdelah murah mana ye, tak macam KL-Penang. Normal price for ticket DPS-LBJ return dalam RM400+-. Penerbangan KL-Bali kali ni saya naik flight Malindo Air bersama dengan 3 orang lagi. Sebenarnya total yang pergi trip Flores ni 8 orang. Tapi ada yang tak sama flight sebab beli asing-asing. 4 orang naik Malindo, 3 orang naik Lion Air, & 1 orang naik MAS.

First time naik Malindo ni, so merasa lah check in bag 30kg eventhough backpack tak sampai 15kg pn haha. Obviously ruang kaki lebih luas compare to AA. Makan dalam flight pn sedap, nasi briyani + biskut + juice + mineral water. Lepastu boleh tgk movie sbb ada screen. So takdelah boring sangat 3 jam dalam flight tu.

"Beres. Dicoret dari daftar."
Kok subtitle nya bahasa indonesia? Haha.


Dapat makanan free! Nasi Briyani, biskut, orange juice & mineral water. Sedapp.


Sampai Airport Denpasar Ngurah Rai around 8pm, jumpa Nad yang naik flight MAS. Dia dah sampai lama dah, siap tidur dekat airport. Bila dah gather berlima, kitorang lepak dekat 1 coffee shop dalam airport ni untuk tunggu lagi 3 orang cousin saya yg naik Lion Air tu (Icak, Along, Loyah). Tunggu punya tunggu dah nak dekat 2 jam diorang tak sampai lagi. Whatsapp pun tak delivered. Kitorang dah pelik dah. Takkan lama sangat flight diorang ni? Should be dah sampai Bali dah.

Time tu memang dah penat tunggu, kitorang plan nak jalan kaki ke hotel untuk letak barang then patah balik ke airport. Sekali hujan pulekk. Saya try whatsapp supir kitorang masa dekat Bali dulu, Mas Jay. Kebetulan Mas Jay ada dekat airport jugak, dia tengah tunggu guest. Tengah syiok duduk, tiba-tiba ada orang bagi salam dari belakang. "Mas Jay!!" Mas Jay singgah jumpa kitorang. Saya pun bagitau dekat Mas Jay yg kitorang tunggu lagi 3 orang yang naik lion air tu. Sekali Mas Jay cakap "Kalau naik lion air, turunnya bukan di sini. Tapi di Terminal Domestik." Waduh! Tepuk dahi!

Rungsing kitorang jadinya. Mas Jay offer untuk hantar kitorang ke hotel & pegi terminal domestik untuk ambil along, icak, loyah. Tapi dia kena hantar guest dia balik ke hotel dulu. Kami pun setuju. Lepas setengah jam, mas Jay muncul balik dekat coffee shop tu dan kami pun naik kereta mas Jay terus ke hotel. Oh ya, hotel kami book yg berdekatan dengan Airport Ngurah Rai. Nama hotel tu Te Quiero Hotel. Fuhh nama hotel macam nama latin. Mas Jay yg suggest dekat sini sebenarnya sebab dia cakap boleh jalan kaki je. Memang dekat pun, dari tingkap bilik hotel boleh nampak pintu depan airport.

View dari luar bilik hotel pada waktu malam. Macet banget.


View dari tingkap bilik hotel pada waktu pagi.


Lepas kitorang check in, minta password wifi dekat receptionist. Tapi wifi dalam bilik mahupun di lobby tak boleh nak connect. Stghess. Lepas Along, Icak, Loyah sampai hotel, kitorang semua masuk bilik & bersiap untuk tidur. Esok pagi-pagi dah kena check out nak naik flight pukul 10 pagi ke Labuan Bajo. Hiks! Tak sabar!

Related Articles

0 orang komen:

Post a Comment

YayannnnB. Powered by Blogger.