Wednesday, November 8, 2017

Percutian ke Pulau Flores, Indonesia - Day 2 Part 1

Hai geng! Assalamualaikum. Alaaaa sorry lah dah lama tak update blog. Busy sangat. Sampai dah repeat lagi sekali tau trip Flores bulan Mei haritu. Haha! Busy menulis untuk magazine/newspaper sebenarnya, dan busy travel jugak. Sebabtu takde masa nak berblogging. Ramai yg PM dkt FB/IG tanya pasal Flores, diorang cakap jumpa social media saya di blog. Jenuh lah pikir, entri Flores dkt blog ni baru sampai part bali, tak sampai part flores lagi, rasa bersalah pulak dkt semua org yg tanya pasal flores tu. So semalam tiba-tiba terfikir, "Okay I need to start blogging back". So, jom lah saya sambung semula kisah Flores 1.0 yang terbengkalai hampir 10 bulan ni. Khas untuk korang, terharu cepat!

Seawal jam 8 pagi kami semua bersiap dan check out. Memandangkan Mas Jay cakap boleh jalan kaki je untuk ke airport domestik, so gigih lah kami berlapan ni jalan kaki secara berjemaah ke airport sambil menggalas backpack yang besar gedabak. Jalan kaki dalam 15-20minit je lepastu sampai lah di airport.

Sampai je dekat airport, terus beli simcard dekat satu booth ni. Booth ni dekat luar airport ye, bukan dalam. Kitorang beli simcard SIMpati. 100ribu rupiah untuk 2GB, boleh digunakan di Labuan Bajo dan Bali. Make sure sebelum beli simcard tu korang tanya tau sama ada simcard tu boleh guna dekat Flores atau tak. Sebab sesetengah simcard takde network dekat sana.



Lepas beli simcard, terus ke pintu masuk. Dekat pintu masuk ni ada security jaga & kena tunjuk tiket/boarding pass. Kalau tak, tak boleh masuk. Kitorang naik flight Kalstar Aviation. Since Kalstar ada provide free check in luggage 20kg, apa lagi, kami manfaatkan sepenuhnya. Terus check in backpack kami yang berat-berat tu. Dekat sini pelik sikit, air mineral kalau korang ada bawak, kena bawak naik kabin, tak boleh check in. Lepas dapat boarding pass, terus ke gate & tunggu masa untuk masuk flight.

Bila dah dapat masuk flight, rupanya flight tak penuh. Belakang seat kitorang semua kosong. Kitorang yang last. Jadinya bebas lah bergerak. Yang tak dapat window seat, pindah randah nak duduk window seat. Nak dijadikan cerita, masa dah nak sampai Labuan Bajo, si Nad ni punya lah excited nak tengok view kepulauan Flores yang hijau kebiruan tu, tapi tak dapat sebab dia bukan dekat window seat. Nad pun bangun dan lari pegi window seat belakang yang kosong tu. Sekali kena sound dengan stewardess guna speaker dia, "Ibuk, sila duduk ya buk,". Hahahhaa. Sebab sebenarnya time tu dah nak sampai, so dah kena pakai seat belt. Nad boleh selamber je bangun. Kahkah. Tapi view time atas flight ni memang mashaAllah sisturrrr, cantiknya. Nak nangis rasa.

View kepulauan Flores dari atas flight. SubhanAllah. Cantik sangat.


Dapat roti & air mineral dalam flight. Ok lah nak alas perut.


Sampai je di airport Labuan Bajo - Bandar Udara Komodo, terus tunggu di luggage belt dan ambil backpack. Kecik je airport ni. Lepas je ambil backpack, terus nampak pintu keluar. Masa keluar tu nampak ramai pak supir tengah tunggu customer. Kami yang dok terpinga-pinga ni, tiba-tiba datang seorang lelaki mendekati kami, "Mbak Yayan ya?". Dalam hati gue, terus berdialog sendiri "ni confirm Pak Alyas, merujuk kepada dp whatsapp dia sebelum ni". Haha! Dan memang benar, itulah Pak Alyas. Power lah Pak alyas boleh recognize muka sis. Terharu kejap.

So basically, selama sailing 3 hari nanti boatman kitorang Pak Alyas & beberapa org crew lagi. Kami dipecahkan kepada 2 kereta sebab tak muat 1 kereta. Lepas je masuk kereta, terus gerak ke Pelabuhan Labuan Bajo. Sebelum sampai jeti, driver tiba-tiba tanya, "mbak mau singgah di roxy?" Mati-mati lah aku ingat Roxy tu kedai Roxy yang jual baju renang apa semua tu. Terus kami cakap taknak. Rupanya dia cakap Roxy itu kedai runcit. Cis. So berhenti lah kejap untuk beli jajan nak makan atas boat nanti.

Bila dah sampai di jeti, terus naik boat sailing. Sementara tunggu Pak Alyas beli makanan tengahari, kitorang pn discover & bergambar la dengan boat yang just nice tu. Boat sailing ada 1 kabin, tempat untuk nak salin baju atau nak tidur. Pak Alyas beli nasi putih + telur goreng + sayur masak lemak untuk kitorang makan. Boat terus bergerak ke tempat pertama yang akan kitorang jejak harini, which is PULAU KANAWA!

Dalam perjalanan lebih kurang sejam lebih tu, sempat lah kitorang makan nasi yg Pak Alyas beli tadi. MashaAllah sistur, lauk simple mcmtu pn tapi bila kau makan tengah laut sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa, terus jadi enak seenak enaknya. Serious tak tipu. Makan atas laut dengan makan atas darat lain weh feel dia.

Sampai je di Pulau Kanawa, terus semua rasa nak menjerit. WOII BIRUNYA AIR DIA! Benda pertama dalam fikiran waktu tu. Eh tak payah pergi maldives lah, pergi sini je cukup. Jernih air dia tak tipu. Dekat sini kitorang bergambar je, tak mandi pun. Mood nak mandi tak datang lagi, mungkin sebab tempat pertama. Baru nk warming up gitu.

Selesai di Pulau Kanawa, terus ke manta point. Dekat Manta Point ni korang boleh tengok ikan pari manta ray yang tak berbisa tu berenang renang. Kalau pandai diving lagi best. Haa dekat sini semua dh siap-siap tukar baju renang sebab kononnya nak berenang sambil selfie dengan manta la kan. Kononnya lah. Tapi, takde rezeki, manta tak keluar haritu. :( Cedih. Puas lah terumbang ambing dipukul ombak, manta tak jugak muncul. So kami decide untuk naik semula ke boat & terus ke Gili Lawa untuk kejar sunset. Makanya, gambar selfie dengan manta takde lah. Huhu. Dalam perjalanan tu sibuk lah dok cakap dalam diri, kena repeat Flores ni. NAK TENGOK MANTAAAA!!!!


Dalam perjalanan dari airport ke jeti, akan jumpa 1 view point macamni.

Ni bukan kapal sailing kitorang tau. Berangan je la nak naik kapal mewah gini.

Makanan yang simple tapi sedap. Alhamdulillah.


Dah sampai PULAU KANAWAAAAA!

Haa cantik macam Maldives kan? Air jernih macam dekat Maldives kan? I told youuuu.

Wuuuu birunya air.

Eh macam dah panjang sangat je membebel. Nanti lah sambung entri Day 2 Part 2 pulak. Babai.

XXXX

Backpack 60l gais :p

Related Articles

0 orang komen:

Post a Comment

YayannnnB. Powered by Blogger.