Saturday, February 14, 2015

Percutian ke Hong Kong & Macau : Day 1 - Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Avenue of Stars, Ladies Market



Assalamualaikum. Saya & 3 orang sepupu & bestfriend saya pergi bercuti ke hong kong & macau selama 4 hari 3 malam pada 7-10 Februari 2015 yang lepas. Saya lah yang jadi ketua program ni since kitorang pergi sendiri2 je, takde travel agent. Saya lah yg gigih menggoogle blog2 utk dpt informasi sejak 4 bulan lepas. haha! Ticket admission, map, itinerary, accommodation, makan minum semua saya yang uruskan. So kalau saya sesat, geng backpackers saya pun akan sesat jugak lah ye. Dan..... Ada yang minta saya buat itinerary & travel tips. So, to whom it may concern, this is for you!

Kitorang (5 of us) gerak ke KLIA2 pada jam 2.30 pagi since our flight was early in the morning - 6.25am (thank you Akram sebab tolong hantar ke airport), singgah 7e utk photostat itinerary air asia and bla bla bla & sampai airport dlm pukul 4 pagi. Lepas sampai airport terus jalan ke arrival hall & lepak2 kejap dekat burger king sebelum masuk gate. Plan asal nak makan dkt airport tapi macam malas, so kitorg decide nak beli makanan dalam flight nanti je. Since kitorang takde check in luggage, kitorang terus tuju ke gate je. (We are all backpackers time pergi tapi time balik lepas shopping, semua kena beli luggage sbb tak muat backpack lol)



Flight semua okay, no delay. Alhamdulillah. Sebelum flight terbang tu sempat la baca doa dulu, ada jugak teringat kes kapal terbang terhempas semua tapi cuba buat2 tak ingat. Hehe. Dan alhamdulillah berpeluang rasa solat dalam flight sebab waktu subuh masuk masa kitorang dah masuk gate. Dah siap2 amek wudhu' dkt toilet area burger king tadi. (Reminder : As a Muslim kita kena solat tak kira di mana jua kita berada ye). Memandangkan kitorang tak tido langsung malam tadi, perasaan mengantok tu membuak2 dalam diri. Plan nak makan dalam flight pn terkubur dengan sendirinya bila kitorang dah terlelap sepanjang perjalanan.

Sedar dari tidur je dengar announcement lagi 10 minit nak sampai ke Hong Kong. Pastu nampak ada immigration form terselit dekat seat depan. Punya la lena kitorang tidur sampai time steward/stewardess selit immigration form pn kitorang tak sedar. Lepastu sempat lagi belek2 menu Air Asia dengan harapan boleh order lagi sebab perut lapar gila. Kitorang dengan confident tekan button utk panggil steward/stewardess tu, then sorang steward ni datang. dengan muka mamai, dan sambil pegang menu air asia :

Kitorang : "bang, boleh order makanan lagi tak?"
steward : "tak boleh, dah nk smpai HK dh. kalau nk bungkus boleh."

Kitorang pn senyum je sambil letak menu di tempat asal. Panggil steward abang!? i repeat, bang!? kampung sangat. haha. Lepas tu kitorang tahan je lah lapar. Padan muka, orang sedap makan kitorang sibuk nak tidur.

kena isi immigration form ni dlm flight. pastu nnt time kt airport HK kena bg kt immigration HK. copy dia kena simpan.


Sampai je di HK dalam pukul 10am, keluar dari perut kapal terbang, kitorang dah mula rasa sejuk. Menjerit2 kitorang sebab happy kemain. mana nk dpt sejuk mcmtu kat malaysia. kekekeke. First thing to do masa sampai Hong Kong International Airport, pergi beli Airport Express Travel Pass dkt Arrival Hall level 5. Cari counter airport express. Mostly kalau baca blog orang lain, ramai yg beli octopus card tapi kami decide utk beli Airport Express ni sebab penggunaan naik mtr & tram adalah unlimited selama 3 hari dan included one way airport express. Kitorang malas nak topup2 octopus card tu nanti so beli je airport express ni. Unlimited - Senang. Kalau sesat ke ape ke touch je card tu tanpa perlu fikir balance tinggal berapa kt dalam tu. Airport Express ni harga dia 220HKD. kalau korang nk beli octopus card tu, harga dia 150HKD & boleh topup2 dekat any MTR station atau 7E. Fyi, 7E kt HK ni sangatlah bersepah. merata-rata ada. Setiap stesyen MTR mesti ada 7E so tak payah risau sangat lah.

Lepastu kitorang beli traveller's simcard utk internet dkt phone di kedai 1010 yang lokasinya tak jauh dari counter airport express tadi. Saya beli simcard utk iphone berharga 69HKD. utk sesiapa yg guna phone selain iphone, korang kena beli 1 simcard lain yg berharga 119HKD. Nanti orang yang jual simcard tu akan tanya korang nak simcard apa, so korang bagitau la korang guna phone apa. Nanti dia akan suggest simcard mana yang sesuai untuk phone korang.



Dalam pukul 11.30am, kitorang naik airport express ke stesyen Tun Chung sbb kitorang nak ke ngong ping 360 cable car & citygate outlet dulu sebelum check in. Nak ke stesyen tun chung ni kitorang naik airport express, turun dekat stesyen Tsing Yi, & buat pertukaran train ke stesyen Tun Chung. Sampai je dekat stesyen Tun Chung, terus nampak Citygate Outlet tersergam indah di depan mata. Cuaca sejuk buat kitorang rasa lagi seronok. Masing2 sarung winter coat & acah2 tgh duduk dkt Alaska. Masa kitorang tgh nak bergambar ala-ala artist, kitorg terjumpa satu family Chinese ni time dkt entrance Citygate Outlet. Dorg dari Putrajaya. Memandangkan dekat negara orang, bila kita jumpa orang Malaysia kita rasa excited terlebih. buat bising depan entrance, tangkap2 gambar, pastu say byebye to each other. (Typical Malaysian hehe)



Masuk dlm citygate outlet, pegi B2 & B3 South Car Park cari locker utk simpan barang. Tapi locker full. Nak nangeh rasa bawak backpack berat2. Bahu sakit. Kitorang gigihkan lah bwk backpack ke cable car. Since kitorang dah beli ticket awal2 dari malaysia, kitorang tak payah beratur panjang2 sgt. Ada lane khas utk kitorang yg beli through travel agent. Kitorang beli all the tickets dkt Star Moon Vacations SB .Kitorang beli ticket ngong ping 360 cable car, ocean park, the peak - return peak tram & sky terrace, macau tower). harga boleh dpt murah drpd beli online atau direct to counter. Utk cable car ni, kitorang beli yang crystal cabin punya which is lantai cable car tu lutsinar! boleh nampak bawah. kalau sesiapa yg gayat better beli standard punya je la ye. sebab lama jugak perjalanan cable car ni, lbh kurang 25-30minutes 1 way. Kang nangis pulak dlm cable car tu sbb gayat. hihi.


Lepas dah naik cable car, dah bergambar & rasa gayat bagai, sampai je dkt Ngong Ping Village kitorang yang kebulur ni terus cari kedai halal Ebeneezer's Kebab & Pizzeria. Lokasi kedai ni berhampiran dengan cable car station. Bila turun dari cable car korang akan nampak deret2 restoran belah kanan korang, haa nanti carilah Ebeneezer's ni dkt situ. Saya order kebab ayam (HKD65) + hot milk tea (HKD15). Kisahnya saya ter order milk tea 2. Lapar sgt agaknya time tu smpai ter order dua. Dah kena bayar HKD30 utk minuman sahaja. -_-' Sebelum turun cable car sempat lah saya beli 1 snow globe cable car size besar berharga 150HKD. Oleh kerana saya ni pengumpul snow globe yg tegar, pejam mata je lah beli snow globe ni. Mana nk dpt kat Malaysia, ye dak?

Turun je dari cable car kitorang terus ke citygate outlet balik & alhamdulillah ada locker kosong utk kitorang simpan backpack& barang2. Baru lah boleh jalan dgn senang lenang. Dkt citygate outlet ni saya tak beli apa2 pun. Citygate Outlet ni sbnrnya mcm JPO jgk, barang2 branded tp harga dia mcm murah la sikit kan. Dalam otak dah tak sabar nk shopping dkt Ladies Market. Tak sabar nak bergaduh & nak bargain kaw kaw dkt sana hehe.

Dekat Hong Kong ni kitorang menginap di Singh Guesthouse, Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Kata pun percutian bajet kan?(bajet keeee? tunggu la nanti dekat macau terus tak jadi percutian bajet dah hehe)Guesthouse ni berada dlm bangunan Chungking Mansion. Sesuai la utk backpackers mcm kitorang ni. Mula-mula kitorang dh book dh Imperial Hotel 3 bulan lepas, yang lokasinya bersebelahan je dgn Chungking Mansion. Tapi 2 hari sebelum kitorang bertolak, kitorang decide utk cari guesthouse je. Yela, buat apa tido hotel2 mahal, sedangkan kitorang kt hotel tu nk buat tido je. Seharian berjalan, ada dkt hotel 8 jam je utk tido & mandi. So mcm rugi la kan. So kisahnya saya cancel booking dkt imperial tu & book Singh Guesthouse ni through Booking.com. Kalau korang nak tau, Singh Guesthouse ni mmg guesthouse paaaaaling murah yg saya jumpa waktu search hotel haritu. bayangkan, 2 hari sebelum pergi baru nk cari hotel. Selalunya mmg rate akan jadi mahal.

Instead of Imperial Hotel (around 1933HKD for 2 nights - 1 queen bed), Singh Guesthouse ni kitorang bayar 835HKD sahaja utk 3 hari 2 malam (family room - 2 katil queen). Beza dalam seribu hkd tuuuu. Banyak tuuuu. Dah la dkt gila dgn MTR, jalan tak sampai seminit kot. But well, memang kesempitan bilik tu tak dapat dinafikan lah. Korang cari la mana2 guesthouse mmg semua bilik dorang sempit. Muat2 katil je. Nak solat pn kena solat atas katil. Nak letak barang pn kena letak bwh katil. Living cost dkt HK ni mmg tinggi. But again, tak kisah lah sebab kitorang nk buat tidur dgn mandi je pun. Apa ada hal kan. Kitorang settle check in dlm pukul 7.30pm. Letak2 barang terus berlari keluar nak pegi Avenue of stars utk tgk pertunjukan symphony of lights. Pertunjukan start pukul 8pm. Pertunjukan Symphony of lights ni ada setiap hari tepat jam 8 malam. Sila datang awal untuk dapat tempat duduk yang strategik utk tgk pertunjukan ni, especially kalau datang on weekend. Memang dah macam lautan manusia kat sini.

#TIPS : Nak ingatkan sikit kalau korang stay dkt Chungking Mansion ni mmg korang akan jumpa ramai sangatttt foreigners dkt entrance tu. Dorg jual2 barang, akan offer korang makan makanan halal dkt restoran dorg & mcm2 lg. So apa yg korang kena buat kalau stay sini, sampai je entrance tu terus cari lift nk ke hotel korang. jangan berhenti, buat2 tak tau, & kalau boleh x pyh amek pn pamplet yg dorg kasi tu. sesekali buat muka sombong kat negara orang, takpe. haha. dlm chungking mansion ni ada banyak Lift. Lift kitorang Lift block D so berpusing2 jugak lah haritu kitorang cari & alhamdulillah lepas buat2 tak tau dgn semua foreigner (negro pn ramai ok), kitorang selamat check in. Kalau perempuan yg travel seorang diri sangat tidak disarankan menginap di sini. JANGAN! BAHAYA! Cari hotel lain okay? :)



Kitorang sampai avenue of stars time tu penuh gila manusia. Maybe sebab weekend so mmg kena berhimpit2 nk tgk symphony of light. pertunjukan pn dh nk habis time tu. Kitorang sempat tgk sekejap je. lepastu kitorang rimas & malas nk bersesak, then kitorang terus ke MTR terdekat & pergi ke stesyen Mong Kok. Oh ye, dari Singh Guesthouse nak ke Avenue of Stars hanya perlu jalan kaki dalam 5 minit sahaja. dekat kan!? Hmm, kat Mong Kok ada apa? YES, LADIES MARKET!!!!! Hari pertama je dh sibuk nak habiskan duit. Memandangkan time buat itinerary, hari pertama je yg free utk bershopping, terpaksalah. Sebenarnya tak best jgk shopping awal2 ni sebab nnt tak tau nak bajet duit.


Apa yang korang kena tau pasal Ladies Market, Mong Kok ni : KALAU TAK BERNIAT UNTUK BELI, JANGAN TANYA HARGA ATAU SENTUH BARANG ITU. NO. NEVER. Sekali korang tanya harga, dia akan pujuk korang suruh beli jugak. kalau pujuk cara baik xpe, ni cakap kasar gila, dgn nada marah, pastu nnt kalau korang taknak beli dia maki2 korang dlm bahasa dia yg korang tak faham. hahahahaha. selama ni saya hanya baca je dlm blog orang, tapi bila dh kena sndiri baru tau. Memandangkan kawan2 trip saya ni tak reti bargain, saya lah yg tlg dorg bargain semua brg yg dorg nk beli. (terima kasih Mak sbb turunkan ilmu bargain hihihih).

Kedai pertama kitorang masuk, kitorang tanya harga keychain. Rasanya at first dia letak dlm lingkungan 129hkd utk 1 papan keychain - ada 5 keychain. Tak ingat lah. lepastu bargain2, dia bagi 100HKD. Saya ckp saya taknak 100, saya nak lagi rendah. Pastu dia kasi calculator dia, dgn rude gila dia tanya "how much u want how much u want!?" Saya amek calculator tu saya tekan 40HKD. hahahaha. Dia x puas hati, dia ckp "cannot, i give you very cheap cheap" sambil tekan 60HKD dkt calculator. Saya ckp la saya nak beli byk around 30 papan mcmtu, xkn xboleh bg 40hkd? dia kata xboleh. Pastu saya ajak kawan2 saya pergi dari kedai tu. pastu lepas beberapa tapak kitorang pergi, dia panggil kitorang balik.(yes, tactic menjadi! hahaha). Lepastu dia ckp, ok la ok la, take what u want. 40HKD. BARGAIN MISSION ACCOMPLISHED. kekekeke. Byk lagi la kisah kitorang kt ladies market ni, nak cerita tak habis. So ingat, kena buat muka garang kt sini, U HAVE TO BARGAIN NO MATTER WHAT. Jangan pejam mata je bayar utk harga yg dorang letak. harga yg dorg letak sangat mengarut & tak munasabah. Ada ke keychain sepapan nk dekat RM100!? choyyyy.


Oh ye lupa nak cerita, lepas je beli keychain tu, kedai kedua kitorang jumpa & masuk adalah kedai jual t-shirt i love hong kong. Time kitorg dtg tu kedai ni mcm dh nak kemas2 nak tutup dh agaknya. Yang terkejutnya, saya nampak dia tulis dkt kedai tu 7pcs = 100HKD. wow wow wow. Selama ni dok baca blog org, semua ckp 5-6pcs = 100HKD yg dorg boleh dpt. Ni tak bargain lg, org kedai dh ltk 7pcs. Kitorang apa lagi, excited kemain. Saya masuk kedai tu, saya cakap saya nak beli banyak. Boleh tak saya dapat 8pcs = 100HKD ? Tokey kedai tu terus angguk tanpa banyak songeh tanpa kena pujuk. Bertambah excited la kitorang. Entah2 kalau mintak 9pcs = 100HKD pn dpt agaknya. hahahaha. Kisahnya, kitorang berlima je borong tshirt kt situ mcm dh nak habis separuh stock kedai uncle tu. rezeki dia la tu maknanya :p Dan rezeki kitorang jugak la kot sbb semua kedai yg kitorang masuk, kitorang dpt bargain harga yg saaaangat murah & terus beli. tak payah nak jalan jauh & masuk2 kedai lain dah. Senang kan? hehe.


muka-muka kepenatan dlm MTR lepas berplastik-plastik shopping :D


Antara keychain yang kitorang dapat bargain for 40HKD = 1 papan

Lepas dah habis shopping, dalam pukul 12 kitorang balik ke guesthouse utk tidur. Ladies market ni pukul 11 malam dah ramai yg nk tutup2 kedai. Time ni lg senang nk bargain sbb dorg dh nk tutup kedai, biasanya dorang kasi murah2 sikit. Sampai je hotel kitorang masak megi & nasi tomato brahim + milo/nescafe 3 in 1 yg kitorg bawak dr Malaysia. Guesthouse ni ada microwave & kettle ye dkt luar bilik. Water heater pn ada dlm bilik air so tak perlu risau. So esok pagi kita akan ke mana? OCEAN PARK!!!!!!!

And a wrap for day 1,
Noorihan in the street of Mong Kok ;)



xoxo, N.

Click link di bawah untuk baca entri lain HK-Macau Trip Februari 2015 :
-DAY 2 : Ocean Park & The Peak
-DAY 3 : Masjid Ammar & The Venetian Hotel
-DAY 4 : Gondola ride at Venetian & Macau Tower
-TOTAL EXPENSES HK-MACAU TRIP

Related Articles

15 comments:

  1. Yann!! tq for sharing! =) - Kak cha'ah

    ReplyDelete
  2. dik, very nice entry and pics nya pon sumer cantin2.. :) akak nak gi sana April ni insyaAllah.. kena belajar tips nak menawar ni.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Goodluck dlm mem'bargain' & have fun! Hong kong & macau best!!!! :D

      Delete
  3. Nice experience.... thanx for sharing!

    Giliran kami pulak ke sana Oktober nanti... Insya Allah!

    ReplyDelete
  4. Hi nak tanya. Time korang beli tiket cable cae tu starmoon bagi tiket hardcopy ke text message sahaja ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..nak tnya berapa hari nak berangkat starmoon akan send semula tiket kepada kita..saya akan ke HK next week 7-11 mac 16.dah buat payment dgn starmoon cuma masih tunggu dia send tiket sampai arini tak dapat2 lagi :) apa2 nnt leh email saya lailaaswani@gmail.com

      Delete
  5. Haii..nk tanye kat sane kalau nk stay kat guesthouse nk book macam mane?

    ReplyDelete
  6. salam, nak tanya lah lama xproses beli tiket kat Star Moon Vacations SB yg boleh dapat dlm brapa ari ek? sbb tiket pun dia bg dalam bentuk Text je suruh tunjuk kt kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh tak igt hehe tp tak silap saya lama jugak. saya dpt tiket few days before fly.. hardcopy.. skrg ni mungkin starmoon dah tak kasi hard copy kot..

      Delete
  7. salam, hi nak tanya macam mana nak reach guesthouse tuu? means dari city gate outlet ke guesthouse tuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. hi. naik MTR turun station Tsim Sha Tsui, nanti akan nampak dekat seberang jalan Chungking Mansion. Guesthouse tu ada dekat dalam bangunan tu.

      Delete
  8. Hi kak. Nak tanya. Dkt sana ada cimb atm tak? Kalau boleh malas nak bawa duit banyak banyak. Kalau guna cimb dia tak charge apa apa 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Saya tak jumpa pulak cimb atm.

      Delete

YayannnnB. Powered by Blogger.