Wednesday, March 25, 2015

Percutian ke Hong Kong & Macau : Day 4 - Gondola ride at Venetian & Macau Tower



Hari terakhir kami di Macau. Dek kerana empuknya tilam katil venetian hotel ni, kami bangun tidur pukul 11. Habis rosak program hari ke 4 ni. Kalau ikut itinerary asal, pagi ni nk pergi Ruin's of st. paul, senado square, grand lisboa & tempat2 belah Macau sana. Tapi apa kan daya, bangun pun pukul 11. Terpaksa cancel & tanam niat dalam diri nak repeat macau lagi sekali. hahahaha. (kalau pergi travel jangan book hotel yang cantik2 mahal2, nanti rasa malas nk keluar bilik)

Bangun je tidur terus kemas2 barang & lepastu terus terjah pool venetian. pool ada 4, 3 pool biasa, 1 lagi pool warm water (warm pool hanya dibuka pada musim winter). security dkt pool tu suggest kitorang mandi dkt area warm water. So bermandi manda lah kitorg dkt pool tu smpai pukul 12 lebih.



Dari bilik nak jalan ke pool pun amek masa 15 minit agaknya. naik turun lift 2,3 kali. kemain jauh. Nasib baik pool cantik & besar. Dalam boys over flowers, ada scene Jun pyo jumpa Ji hoo dkt pool. Alaa scene yang Ji hoo mintak Jun pyo jumpa Jan di tuu. haaaa pool tu la kitorang mandi! kekekeke :p Changing room dia masha Allah cantiknya! Kalau tgk cerita korea lepas diorang swim ke ape ke, kan diorang pergi changing room utk mandi & tukar baju, macamtu lah cantiknya. Ada loker banyak2 dalam makeup room, siap ada hair dryer. Cotton bud banyak gila dekat changing room ni, dia peketkan dlm kecik2, apa lagi kitorang pun sapu la amek bawak balik malaysia kekekeke. :D Tempat mandi siap ada syampoo & sabun. Memang mewah! Wuu wuuuu nangis sebab cantik sangat. Lepas mandi, balik bilik, kemas2 & breakfast+lunch apa yang ada & check out dlm pukul 2.15. (Should be kena check out pukul 11am tapi kalau book direct through website boleh request check out lewat up until pukul 2pm-subject to availability. Call je receptionist & request.)



Lepas checkout terus simpan bag dlm luggage storage venetian. luggage storage ni free utk guest hotel (even dh checkout pn boleh letak bag). tapi untuk yang bukan guest hotel, kena bayar & harga tak silap dalam 10MOP kot. murah je. lepas simpan bag, kitorang terus rushing naik shuttle bus ke Macau tower. Sebab tiket masuk macau tower dah beli siap2 dkt Malaysia so rugi lah kalau tak pegi. shuttle bus venetian takde yg direct ke macau tower, so kitorang naik shuttle bus city of dreams. kena jalan kaki dalam 10 minit dari venetian ke city of dreams hotel, & ada tmpt tunggu bus dkt bawah hotel tu. kalau tak tau, tanya je security guard hotel tu. Anddddd, as usual wifi free available dkt tempat tunggu bus & dalam bus okayyyy. Aaaaa Macau you're so lovelyyyy. :*

Ni gambar dari atas casino. Masuk casino tak dibenarkan bawa camera. So boleh tangkap gambar casino dari tingkat atas je.

Tempat tunggu shuttle bus City of Dreams di City of Dreams Hotel utk ke Macau Tower

With love from level 34, Bella Suite Cotai View, The Venetian Hotel, Macao



Sampai macau tower kitorang just jalan2 tengok view je. Macau tower ni ala-ala KL tower jgk. hehe. & dekat macau tower ni lah running man ada shoot sekali, yang Lee dong wook, ji hyo semua naik bungee jump tu dalam episode 133 :D tak mampu lah nk naik bungee jump tu, harga 1000++ nk dkt 2000. *pengsan* boleh buat trip ke hk-macau lagi sekali. dah la activity membahayakan diri pastu kena bayar mahal pulak tu. ahhhh tak berbaloi. hahahaha. (nak sedapkan hati)

mat salleh ni instructor utk bungee jump dkt macau tower. dia siap ckp dkt kitorang kl tower punya bungee jump lagi best. haha!

View dari Level 61 Macau Tower. Nampak tak ada satu bangunan unik dekat situ? Tu lah Grand Lisboa. Terkilan jugak lah tak dapat pergi area sana.

Kalau siapa yang tengok running man, mesti korang ingat scene Haha kena main skywalk. Orang dlm gmbr ni tgh main skywalk la ni. haa cuaks lerr tuwwww. gayat lerr tuwwww. kehkeh. Kitorang mula2 plan nak naik tapi tak jadi. Harga skywalk ni dlm RM300++.



Turun dari macau tower rushing back to venetian sebab flight pukul 7. tapi pukul 4 ada dkt macau tower lagi. buat kerja gila betul. Naik shuttle bus city of dreams balik semula, tempat tunggu bas adalah dekat tepi macau tower.

Sampai venetian terus kelam kabut beli tiket gondola & naik gondola sambil menikmati view The Grand Canal Shoppe tu. Takde lah menikmati sangat pun sebab masing2 dh risau takut terlepas flight. One of my dream place to go is Venice, Italy. Venetian ni macam Asia's venice la sebab bila naik gondola dah rasa kita macam dkt Venice cuma dia punya gondola ride indoor. Tak dapat pegi venice pegi venetian pun jadi laaaa kan? :)

Si pembawa gondola tu sgt baik, siap nyanyikan lagu utk kitorang. And the best part is, dia tahu lagu 'sempurna' nyanyian Andra & The Backbone dari Indonesia. Fasih pulak tu nyanyian dia. Kitorang nyanyi sama2 & then sambung nyanyi lagu 'Rasa sayang' sambil tepuk2 tangan. Memang ceria habis time tu, semua orang tengok je kitorang siap amek2 gambar lagi. Over happy kot time tu dan tak sedar diri yang flight lagi 2 jam.

Turun je dari gondola terus berlari amek luggage dkt luggage storage & tunggu shuttle bus dkt lobby hotel utk ke airport. time tu dh pukul 5.15 tak silap. mmg dh risau gila sbb nk check in bag last sejam sebelum boarding. beratur panjang pulak time tu. nasib baik dari venetian hotel nak ke airport dalam 5-10 minit je. dekat je, dari dlm bilik kitorg boleh nampak airport. airport macau ni kecik je. sampai je airport berlari dh mcm atlet lumba lari. Habis dh title diva kitorang time tu. hahahah. nasib baik sempat check in bag 10 minit sebelum tutup. fuhh lega cheq. baru boleh bernafas dengan lega. nasib baik lah jugak airport ni kecik, kalau airport besar mcm dkt hong kong tu rasanya memang tak sempat la nk check in bag. kalau tak sempat memang nasib badan la kena bermalam lagi semalam dkt macau. Kalau kena bermalam je takpe, tapi kalau kena burn tiket flight blk kl & beli tiket lain mcm mana? mana nak cekau duit!!?? Fuhh. Selamat.

Langit tiruan. Kalau sekali tengok memang nampak macam real, macam awan betul. tapi hakikatnya tempat ni dalam mall, ianya hanya ceiling tiruan semata-mata. Sangat hebat orang yang reka tempat ini!

Okay, nak balik dah. Bye.


Airport macau ni boleh tahan strict jugak. dia cek detail. habis dirabanya tudung kitorang takut kitorang sorok apa2 dlm tudung. hahahaha. kena bukak jacket bagai. dekat hong kong takde pun mcmtu. Dalam pukul 7 gate open & kitorang naik flight dengan berat hati sebab nanti dh sampai Malaysia tak dapat dah rasa cuaca sejuk 12 darjah celcius. sobs. Waktu flight dah bergerak tu sempat lah tgk airport dengan muka sedih & sambil dalam hati bercakap "Goodbye Macau, I'll come again, soon."

Memang I will come again pun sebab saya dah book flight tix to macau early next year! kahkah. buat kerja gila woi (masih tak boleh move on). kali ni pergi saya nak ke belah Macau sana. nak pi area senado square yang kitorang tak sempat pergi dek kerana kekangan masa (sebenarnya bukan sebab kekangan masa tapi sebab ralit dengan katil empuk venetian). But next year pergi dh tak tidur venetian la kot, tak mampu la ohoiiii. sekali cukup lah merasa jadi anak orang kaya. :p Okay, tamat lah sudah entri trip Hong Kong-Macau. Nanti next entri saya bagi details expenses saya untuk trip HK-Macau ni. Anyone yang nak full itinerary boleh drop e-mail dkt comment nanti saya e-mail. Adios! Thank you for reading!

Signing off, Noorihan in Macau city.



xoxo, N.

Click link di bawah untuk baca entri lain HK-Macau Trip Februari 2015 :
-DAY 1 : Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Avenue of Stars & Ladies Market
-DAY 2 : Ocean Park & The Peak
-DAY 3 : Masjid Ammar & The Venetian Hotel
-TOTAL EXPENSES HK-MACAU TRIP

Related Articles

26 comments:

  1. Email saya full itinenerary ye.. Thankss
    parimala.arumugam87@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya nak juga full itenary.. Norliyana.upm@gmail.com

    ReplyDelete
  3. hi..saja nak suggest,nnt next year bole try duduk Ole London Hotel dekat macau..dekat n bole jalan kaki je ke Senado square n ruins of st.paul. Bus stop utk shuttle bus ke venetian pun dekat sangat..huhu

    ReplyDelete
  4. email saya itinerary please... mrpolie@gmail.com
    Thanks

    ReplyDelete
  5. Salam. Boleh email itinerary?
    izyannazilan@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Salam. Boleh share itinerary?
    nie email, shimah1007@gmail.com..
    tqvm

    ReplyDelete
  7. Bulan april next year agak2 sejuk lagi tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. April dh tak sejuk rasanya. bulan 3 tu pn dh slow sikit. yg sejuk bulan 12-2 tak silap saya

      Delete
  8. Salam. boleh emailkan itinerary?
    liyana_504@yahoo.com
    thanks ;)

    ReplyDelete
  9. as salam...
    boleh tak emel saya full itinerary...
    miss_yutaka@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. hai sgt mengujakan
    bole share itinerary ziranamira@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. salam , bleh email full itinerary tak?hehe . tq .
    aidaamiruddin12@gmail.com

    ReplyDelete
  12. As salaam. Nak minta full itinerary Macau-Hong Kong trip please. Thanks!
    silky_nuri@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. As salaam. Nak minta full itinerary Macau-Hong Kong trip please. Thanks!
    asamfy87@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. salam boleh tak bg detail full itinerary hong kong and macau. ni my email cindaimerah@gmail.com. hope reply and sent ya.. tqq :)

    ReplyDelete
  15. Salam. Boleh share full itinerary please? Thank youuuu (nuurnabihah@gmail.com)

    ReplyDelete
  16. salam. boleh minta full itenari. silya369@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Salam..boleh x nak tau full itinerary? Ni email sy, nuramaliajamiran@gmail.com. Thankss

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, share kan full itinerary blh? Awesome blogger,i love your writing. fatinshhh@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. hi, nak juga itinerary... thanks~~~ julianajay87@gmail.com

    ReplyDelete
  20. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
    Boleh emel kat sy?
    irfanabdulmanaf@gmail.com
    Thank you ����

    ReplyDelete
  21. Hai sis,boleh share itinerary kt saye?
    syimasamsi@gmail.con
    Nk pegi hk n macau feb ni

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..

    tolong emailakan itinerary pada saya tak?

    redza.utm@gmail.com

    tqvm

    ReplyDelete
  23. Email kat sy..
    nnshasilah@gmail.com

    ReplyDelete
  24. salam. email sy itnerari:

    ashikinnik97@gmail.com

    ReplyDelete

YayannnnB. Powered by Blogger.