Thursday, February 8, 2018

Percutian ke Pulau Flores, Indonesia - Day 2 Part 2



Sampai je dekat Gili Lawa, semua siap-siap turun dari boat untuk panjat Gili Lawa, nak kejar sunset katanya. Kena trekking around 40 minit, trek di sini moderate, tak senang tak susah. Lepas je sampai atas, hilang semua penat lelah peluh apa semua. BEAUTIFULLLL! Indahnya ciptaan Tuhan. Dari atas boleh nampak ada beberapa boat sailing yang berlabuh dekat bawah tu.

Haa nampak tak puncak atas tu? Ayuh kita daki!


Kitorang stay dekat atas sampai sunset dan jadi orang terakhir yang turun. Senja kian berlabuh, gigih la masa turun tu jalan laju-laju sebab hari dah gelap. Masa tengah turun tu, dah nak sampai dekat boat, tiba-tiba saya nampak macam ada cahaya lampu dekat belah belakang Gili Lawa ni. Baru macam excited "fuyoo ada pasang lampu ke dekat atas Gili Lawa ni, power betul", rupanya cahaya bulan lah yang menerangi jalan kitorang yang gelap malam tu. Bulan waktu tu memang tersangat-sangat cantik. Bulan mengambang penuh. Sampai sekarang kalau tengok bulan mengambang je mesti teringat moment indah tu. :)




Plan asal nak tidur dalam boat dekat Gili Lawa je tapi bapak alyas cakap it's better to stay dekat kampung komodo. Kitorang pun bergerak menuju ke kampung komodo bertemankan angin, bulan terang dan bunyi enjin boat. Moment tengok langit time ni memang tak kan saya lupa sampai bila-bila. Sangat menenangkan hati. :) Sementara menunggu untuk sampai ke Kg. Komodo, kitorang dihidangkan dengan lauk simple untuk dinner di dalam boat. Alhamdulillah. Sedap.

berlayar di lautan luas, ditemani bulan dan bintang

Simple dinner di atas boat

Sampai je di Kg Komodo, kami di bawa ke homestay untuk sesi beramah mesra bersama penduduk kampung komodo gitu. Dekat sini kitorang jumpa 1 group dari Jakarta. Havoc sungguh la diorang ni. One of the best thing about travelling, bila dapat jumpa orang luar yang kita tak kenal & bertukar-tukar pendapat dan pengalaman. Kan?

Geng dari Jakarta bersama Pak Alyas. Gigih dengar Pak Alyas story pasal sejarah komodo.

Lepas habis sesi beramah mesra, kitorang balik ke boat. Malamni kitorang akan tido dekat dalam boat yang berlabuh di jeti Kg Komodo. Ada yang tidur dalam kabin. Saya? Saya decide untuk tidur dekat atas deck luar ditemani bulan & bintang bersama Loyah, Icak, Along, & Amira Najua. Sejuk weh malamtu tidur menggigil lah jugak berselimutkan kain batik. Tak sabar nak tunggu esok, nak ke tempat yang paling dinanti nantikan, Pulau Padar!

Posing sikitttt.

Wednesday, November 8, 2017

Percutian ke Pulau Flores, Indonesia - Day 2 Part 1

Hai geng! Assalamualaikum. Alaaaa sorry lah dah lama tak update blog. Busy sangat. Sampai dah repeat lagi sekali tau trip Flores bulan Mei haritu. Haha! Busy menulis untuk magazine/newspaper sebenarnya, dan busy travel jugak. Sebabtu takde masa nak berblogging. Ramai yg PM dkt FB/IG tanya pasal Flores, diorang cakap jumpa social media saya di blog. Jenuh lah pikir, entri Flores dkt blog ni baru sampai part bali, tak sampai part flores lagi, rasa bersalah pulak dkt semua org yg tanya pasal flores tu. So semalam tiba-tiba terfikir, "Okay I need to start blogging back". So, jom lah saya sambung semula kisah Flores 1.0 yang terbengkalai hampir 10 bulan ni. Khas untuk korang, terharu cepat!

Seawal jam 8 pagi kami semua bersiap dan check out. Memandangkan Mas Jay cakap boleh jalan kaki je untuk ke airport domestik, so gigih lah kami berlapan ni jalan kaki secara berjemaah ke airport sambil menggalas backpack yang besar gedabak. Jalan kaki dalam 15-20minit je lepastu sampai lah di airport.

Sampai je dekat airport, terus beli simcard dekat satu booth ni. Booth ni dekat luar airport ye, bukan dalam. Kitorang beli simcard SIMpati. 100ribu rupiah untuk 2GB, boleh digunakan di Labuan Bajo dan Bali. Make sure sebelum beli simcard tu korang tanya tau sama ada simcard tu boleh guna dekat Flores atau tak. Sebab sesetengah simcard takde network dekat sana.



Lepas beli simcard, terus ke pintu masuk. Dekat pintu masuk ni ada security jaga & kena tunjuk tiket/boarding pass. Kalau tak, tak boleh masuk. Kitorang naik flight Kalstar Aviation. Since Kalstar ada provide free check in luggage 20kg, apa lagi, kami manfaatkan sepenuhnya. Terus check in backpack kami yang berat-berat tu. Dekat sini pelik sikit, air mineral kalau korang ada bawak, kena bawak naik kabin, tak boleh check in. Lepas dapat boarding pass, terus ke gate & tunggu masa untuk masuk flight.

Bila dah dapat masuk flight, rupanya flight tak penuh. Belakang seat kitorang semua kosong. Kitorang yang last. Jadinya bebas lah bergerak. Yang tak dapat window seat, pindah randah nak duduk window seat. Nak dijadikan cerita, masa dah nak sampai Labuan Bajo, si Nad ni punya lah excited nak tengok view kepulauan Flores yang hijau kebiruan tu, tapi tak dapat sebab dia bukan dekat window seat. Nad pun bangun dan lari pegi window seat belakang yang kosong tu. Sekali kena sound dengan stewardess guna speaker dia, "Ibuk, sila duduk ya buk,". Hahahhaa. Sebab sebenarnya time tu dah nak sampai, so dah kena pakai seat belt. Nad boleh selamber je bangun. Kahkah. Tapi view time atas flight ni memang mashaAllah sisturrrr, cantiknya. Nak nangis rasa.

View kepulauan Flores dari atas flight. SubhanAllah. Cantik sangat.


Dapat roti & air mineral dalam flight. Ok lah nak alas perut.


Sampai je di airport Labuan Bajo - Bandar Udara Komodo, terus tunggu di luggage belt dan ambil backpack. Kecik je airport ni. Lepas je ambil backpack, terus nampak pintu keluar. Masa keluar tu nampak ramai pak supir tengah tunggu customer. Kami yang dok terpinga-pinga ni, tiba-tiba datang seorang lelaki mendekati kami, "Mbak Yayan ya?". Dalam hati gue, terus berdialog sendiri "ni confirm Pak Alyas, merujuk kepada dp whatsapp dia sebelum ni". Haha! Dan memang benar, itulah Pak Alyas. Power lah Pak alyas boleh recognize muka sis. Terharu kejap.

So basically, selama sailing 3 hari nanti boatman kitorang Pak Alyas & beberapa org crew lagi. Kami dipecahkan kepada 2 kereta sebab tak muat 1 kereta. Lepas je masuk kereta, terus gerak ke Pelabuhan Labuan Bajo. Sebelum sampai jeti, driver tiba-tiba tanya, "mbak mau singgah di roxy?" Mati-mati lah aku ingat Roxy tu kedai Roxy yang jual baju renang apa semua tu. Terus kami cakap taknak. Rupanya dia cakap Roxy itu kedai runcit. Cis. So berhenti lah kejap untuk beli jajan nak makan atas boat nanti.

Bila dah sampai di jeti, terus naik boat sailing. Sementara tunggu Pak Alyas beli makanan tengahari, kitorang pn discover & bergambar la dengan boat yang just nice tu. Boat sailing ada 1 kabin, tempat untuk nak salin baju atau nak tidur. Pak Alyas beli nasi putih + telur goreng + sayur masak lemak untuk kitorang makan. Boat terus bergerak ke tempat pertama yang akan kitorang jejak harini, which is PULAU KANAWA!

Dalam perjalanan lebih kurang sejam lebih tu, sempat lah kitorang makan nasi yg Pak Alyas beli tadi. MashaAllah sistur, lauk simple mcmtu pn tapi bila kau makan tengah laut sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa, terus jadi enak seenak enaknya. Serious tak tipu. Makan atas laut dengan makan atas darat lain weh feel dia.

Sampai je di Pulau Kanawa, terus semua rasa nak menjerit. WOII BIRUNYA AIR DIA! Benda pertama dalam fikiran waktu tu. Eh tak payah pergi maldives lah, pergi sini je cukup. Jernih air dia tak tipu. Dekat sini kitorang bergambar je, tak mandi pun. Mood nak mandi tak datang lagi, mungkin sebab tempat pertama. Baru nk warming up gitu.

Selesai di Pulau Kanawa, terus ke manta point. Dekat Manta Point ni korang boleh tengok ikan pari manta ray yang tak berbisa tu berenang renang. Kalau pandai diving lagi best. Haa dekat sini semua dh siap-siap tukar baju renang sebab kononnya nak berenang sambil selfie dengan manta la kan. Kononnya lah. Tapi, takde rezeki, manta tak keluar haritu. :( Cedih. Puas lah terumbang ambing dipukul ombak, manta tak jugak muncul. So kami decide untuk naik semula ke boat & terus ke Gili Lawa untuk kejar sunset. Makanya, gambar selfie dengan manta takde lah. Huhu. Dalam perjalanan tu sibuk lah dok cakap dalam diri, kena repeat Flores ni. NAK TENGOK MANTAAAA!!!!


Dalam perjalanan dari airport ke jeti, akan jumpa 1 view point macamni.

Ni bukan kapal sailing kitorang tau. Berangan je la nak naik kapal mewah gini.

Makanan yang simple tapi sedap. Alhamdulillah.


Dah sampai PULAU KANAWAAAAA!

Haa cantik macam Maldives kan? Air jernih macam dekat Maldives kan? I told youuuu.

Wuuuu birunya air.

Eh macam dah panjang sangat je membebel. Nanti lah sambung entri Day 2 Part 2 pulak. Babai.

XXXX

Backpack 60l gais :p

Tuesday, January 17, 2017

Percutian ke Pulau Flores, NTT, Indonesia - Day 1



Assalamualaikum & selamat tahun baru 2017! Okay sis nak share kisah sis di Flores. Ayuh kita mulakan!.

Untuk sampai ke Flores, kita perlu naik 2 kali penerbangan. (KL-Bali, Bali-Labuan Bajo). Dan tiket penerbangan domestik Bali-Labuan Bajo takdelah murah mana ye, tak macam KL-Penang. Normal price for ticket DPS-LBJ return dalam RM400+-. Penerbangan KL-Bali kali ni saya naik flight Malindo Air bersama dengan 3 orang lagi. Sebenarnya total yang pergi trip Flores ni 8 orang. Tapi ada yang tak sama flight sebab beli asing-asing. 4 orang naik Malindo, 3 orang naik Lion Air, & 1 orang naik MAS.

First time naik Malindo ni, so merasa lah check in bag 30kg eventhough backpack tak sampai 15kg pn haha. Obviously ruang kaki lebih luas compare to AA. Makan dalam flight pn sedap, nasi briyani + biskut + juice + mineral water. Lepastu boleh tgk movie sbb ada screen. So takdelah boring sangat 3 jam dalam flight tu.

"Beres. Dicoret dari daftar."
Kok subtitle nya bahasa indonesia? Haha.


Dapat makanan free! Nasi Briyani, biskut, orange juice & mineral water. Sedapp.


Sampai Airport Denpasar Ngurah Rai around 8pm, jumpa Nad yang naik flight MAS. Dia dah sampai lama dah, siap tidur dekat airport. Bila dah gather berlima, kitorang lepak dekat 1 coffee shop dalam airport ni untuk tunggu lagi 3 orang cousin saya yg naik Lion Air tu (Icak, Along, Loyah). Tunggu punya tunggu dah nak dekat 2 jam diorang tak sampai lagi. Whatsapp pun tak delivered. Kitorang dah pelik dah. Takkan lama sangat flight diorang ni? Should be dah sampai Bali dah.

Time tu memang dah penat tunggu, kitorang plan nak jalan kaki ke hotel untuk letak barang then patah balik ke airport. Sekali hujan pulekk. Saya try whatsapp supir kitorang masa dekat Bali dulu, Mas Jay. Kebetulan Mas Jay ada dekat airport jugak, dia tengah tunggu guest. Tengah syiok duduk, tiba-tiba ada orang bagi salam dari belakang. "Mas Jay!!" Mas Jay singgah jumpa kitorang. Saya pun bagitau dekat Mas Jay yg kitorang tunggu lagi 3 orang yang naik lion air tu. Sekali Mas Jay cakap "Kalau naik lion air, turunnya bukan di sini. Tapi di Terminal Domestik." Waduh! Tepuk dahi!

Rungsing kitorang jadinya. Mas Jay offer untuk hantar kitorang ke hotel & pegi terminal domestik untuk ambil along, icak, loyah. Tapi dia kena hantar guest dia balik ke hotel dulu. Kami pun setuju. Lepas setengah jam, mas Jay muncul balik dekat coffee shop tu dan kami pun naik kereta mas Jay terus ke hotel. Oh ya, hotel kami book yg berdekatan dengan Airport Ngurah Rai. Nama hotel tu Te Quiero Hotel. Fuhh nama hotel macam nama latin. Mas Jay yg suggest dekat sini sebenarnya sebab dia cakap boleh jalan kaki je. Memang dekat pun, dari tingkap bilik hotel boleh nampak pintu depan airport.

View dari luar bilik hotel pada waktu malam. Macet banget.


View dari tingkap bilik hotel pada waktu pagi.


Lepas kitorang check in, minta password wifi dekat receptionist. Tapi wifi dalam bilik mahupun di lobby tak boleh nak connect. Stghess. Lepas Along, Icak, Loyah sampai hotel, kitorang semua masuk bilik & bersiap untuk tidur. Esok pagi-pagi dah kena check out nak naik flight pukul 10 pagi ke Labuan Bajo. Hiks! Tak sabar!

Wednesday, December 28, 2016

FLORES - INTRO



Sebelum saya lupa, sebelum ingatan terluput, saya rasa lebih baik saya start blogging pasal trip saya pada bulan September yang lepas. Ke mana kah kita? FLORES ! Hidden gem di Indonesia. Waktu saya pergi tu masih 'virgin', tapi tak tau lah sekarang ni mungkin dah viral so dah tak anak dara lagi. Eh. Sebenarnya sebelum trip Flores ni ada trip Ho Chi Minh (Februari), Bali (Mei), Jogjakarta (Ogos). Tapi memandangkan saya rasa trip Flores ni yang paling menarik, tertarik dan worth untuk dikongsi, saya share pasal Flores dulu lah. Ibuk ibuk bapak bapak, ayuh kita meneroka kepulauan flores ni! Dengar cerita antara pulau tercantik di Indonesia. Nak tau betul ke tak, jom lah baca kisah seronok saya di Flores.

I believe tak ramai orang tau tentang pulau Flores ni. Yang org ramai tau, macam Bali, Lombok, Krabi. Ye dak? Flores ni adalah sebuah pulau yang terletak di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Antara pulau yang popular dan terbesar di Indonesia. Saya dapat tau pasal Flores ni sejak tahun lepas, masa tu ada ternampak dekat FB gambar-gambar tempat menarik di Indonesia, dan salah satunya Flores. Lepastu saje lah google psl Flores ni, sekali tengok kos nak sampai mana mencekik darah sebab kena naik flight 2 kali. Expenses nak pergi Flores ni dh boleh pergi Korea hokkay. (Pemikiran waktu tu, sebenarnya tak berapa nak ada duit hahah). So terus lupakan niat nak ke Flores.

Nak dijadikan cerita, awal tahun ni ternampak satu blog entri orang Malaysia cerita tentang Flores. Tengok gambar-gambar dia dekat sana, Ya Allah cantiknyaaaa. MashaAllah sisturrrr, itu baru gambar, belum tengok real depan mata lagi. Waktu tu lah bertekad dalam diri nak kena sampai jugak sini dan terus rasa macam "Okay, aku kena pergi sini. No matter what, aku kena kumpul duit untuk ke sini sebelum tempat ni dicemari tangan-tangan jahat." Fuhh gituu ayat sis. jadi, bermula lah sesi menggoogle dan buat research. Untuk pengetahuan korang, waktu saya buat research ni punya lah payah nak dapat info. Yang ada pun blog omputeh. Orang Malaysia nan hado. Ada pun entri lama & tak menyeluruh.

Masa busy buat research tu, tanya lah jugak kawan-kawan siapa yang nak join. Ada yang mula-mula tengok gambar cantik terus nak join tapi bila dengar bajet 1.5k++ terus macam "ok bai". Start planning bulan 3, nak pergi bulan 9. Dalam masa 6 bulan tu, travel partner selalu in and out. Ada yang dh bayar deposit then tak dapat join. Macam-macam. Tapi akhirnya, berjaya jugak kumpulkan 8 orang. Yeeeehaaaa!

Dan pada 15 September 2016, bermula lah pengembaraan seorang Yayan ke Pulau Flores. Trip yang akan diingati sehingga ke akhir waktu...... Eh, nak keluar lunch. Sambung next entri k. bai.


Pulau Padar. Cantik bukan?
No edit/filter. Dah cukup cantik. :)

Monday, November 28, 2016

Percutian ke Macau > Manila > Cebu - Itinerari & Bajet

Setiap kali travel, selain daripada gambar, part ni yang paling banyak orang tanya & ternanti-nanti. Yes, itinerari & bajet. Kadang-kadang belum balik Malaysia lagi orang dah mintak, "weh nak iti & bajet". So, dekat bawah ni saya bagi itinerari & bajet sepanjang trip saya ke Macau-Manila-Cebu selama 7 hari. Diingatkan bahawa kami pergi 5 orang so bajet kami di bawah ni based on sharing basis 5 orang.

FLIGHT TICKET
KL-Macau : Air Asia RM 161.00
Macau-Manila : Air Asia RM 215.00
Manila-Cebu : Philippine Airlines RM 110.00
Cebu-KL : Air Asia RM 197.00

ACCOMMODATION
Macau : 1 night stay @ Holiday Inn Macao Cotai RM 108.00
Manila : 2 nights stay @ Our Awesome Hotel, Makati RM 87.00
Cebu : 1 night in Matutinao Beach Resort (inc. in package)
Cebu : 1 night in Travelbee Guesthouse, Cebu City RM 33.00

PACKAGE
Manila : Day trip to Taal Volcano PHP2100
Cebu : 2 Days Package (Whaleshark, Tumalog Falls, Osmena Peak, Canyoneering Kawasan Falls inc. lunch, Transportation & 1 night stay @ Matutinao Beach Resort) PHP5600

TRANSPORTATION
Taxi - Manila Airport Terminal 3 -> Our Awesome Hostel PHP100
Taxi - Our Awesome Hostel -> Manila Airport Terminal 2 PHP140
Taxi - Mango Square Mall -> Mactan Cebu International Airport PHP84

SIM CARD
Smart Sim Card : PHP50 with free 30MB for 3 days (untuk data internet sahaja, kalau nak call/sms kena reload min. PHP20)

TRAVEL INSURANCE
AXA Smart Traveller : 7 days coverage RM 39.00

OTHER EXPENSES
Luggage storage @ The Venetian, Macau 10HKD/backpack
Bamboo raft @ Kawasan Falls PHP60 (1 raft PHP300)
Airport Tax Cebu-Kl PHP750

GRAND TOTAL: All in lebih kurang dalam RM 1,800

Ni saya bagi contact tour guide sepanjang trip ni:

MANILA (TAAL VOLCANO) = BRYAN ; Phone Number 09172032792

MANILA (DRIVER) = ROBERT ; Phone Number 09179023070

CEBU (KAWASAN FALLS) = Phone Number 09189473667 , E-mail kawasancanyoneering@gmail.com

Sejujurnya, saya memang recommend sangat kalau korang ambil tour guide Kawasan Canyoneering yang kitorang ambil ni. Sangat okay. Kalau korang dah baca entri sebelum ni, korang tau lah macam mana baik Chris jaga kami semua. Macam bodyguard gayanya. Haha. Guide diorang pun semua baik-baik, dapat guide kacak macam Phillip tu satu bonus lah hehehehe. Kalau nak jalan-jalan Manila korang boleh contact Robert. Dia lah yang hantar kitorang pegi Mall of Asia, airport bagai. Dia driver paling best, selamber cerita kisah hidup dia dekat kitorang. Siap nyanyi lagu Pangako Sayo dalan kereta dia sama-sama okay. Taal Volcano pun saya recommend ambil dengan Bryan. The whole family dia baik-baik belaka. Best oo kalau dapat travel guide yang boleh speaking, yang boleh buat berborak. Takdelah kita rasa asing dekat bumi diorang. Till then, bai bai!
YayannnnB. Powered by Blogger.